Assalamualaikum gais!
After berjaya dari trek curam tu, kitaorang sampai jugak first peak yeay! Fuh sampai atas tu je, ada team hikers bagi kami cekodok. Kalau korang nak tahu, diaorang masak cekodok kat atas tu weh. Serius ah doh? Kuat gila laa siap bawah dapur, bekas bekas memasak bagai kat atas tu. Power! Memang layan gilaa la kan makan cekodok sambil layan view.
Harini pagi-pagi pukul 3 pagi aku dah bangun dan bersiap-siap
nak pergi hiking. Aku follow housemate aku dengan kawan-kawan hkl dia. Tak ramai pun dalam 6 orang je. Gigih gilaaa kan gerak seawal mungkin sebab nak layan sunrise laa bila sampai peak hahahaa.
Kitaorang sampai kaki bukit Broga before Subuh n sempatlaa solat
dulu sebelum memulakan pendakian. Kitaorang sampai first peak lebih kurang pukul 6.50 pagi. Sebenarnya tak tinggi mana pun cuma trek dia yang tak berapa cantik dan menegak tu buat orang letih. Mencabar la jugak sebab sampai satu tahap tu before sampai first peak, kitaorang kena mendaki trek yang curam sambil pegang tali n tali tu ada satu je untuk orang yang naik dan turun. So kena pegang tali tu kuat kuat sebab pokok pun takde kat sekeliling trek curam tu.
After chill-chill, kitaorang teruskan pendakian ke peak kedua yang lebih tinggi. Okay memang susah laa nak posing okay sikit sebab ramai orang kat peak tu. Tak sangka ek ramai jugak yang minat aktiviti hiking ni. Pukul 8 pagi, matahari dah start naik, cahaya panas lain macam wei so kitaorang decide nak turun. Masa otw turun, aku ternampak dua orang budak kecil pun otw turun. Wow hebat betul adik-adik ni. Aku nampak ayah dia-orang so aku tanya la budak-budak ni memang dah biasa hiking Bukit Broga ni ke? Ayah dia cakap ni first time la adik-adik tu pergi Bukit Broga tapi memang dah biasa mendaki kat tempat lain. Fuh hebat!
Disebabkan hiking dah menjadi trend kat Malaysia ni, aku harap korang semua jaga alam sekitar bila mendaki tu. Jangan pulak buang sampah merata-rata dan pokok-pokok tu jangan dipatahkan. Okay aku nak rest. Byeee
Comments
Post a Comment