Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

27th Asean Summit

Beep beep! Harini sekali lagi kena bangun awal pagi weh. Guess what? 7.30am aku dengan kawan kawan aku semua dah ada dekat dalam hall. Fuh semangat betul nampaknya hahaaha. Ramai student yang participate dalam conference ni. Dapatlah aku merasa jugak tengok conference yang dihadiri orang kenamaan, menteri-menteri dan perdana menteri. Bukan dalam negara je tau, dari luar negara pun turut datang! Harith Iskander in the house! Pukul 11.00 am kami naik bas menuju ke satu hall kat Bukit Bintang. Not sure nama hall dia apa tapi dalam tu ada macam-macam booth untuk kita tanya apa-apa yang berkenaan dengan entreprenuers. Sebenarnya badan aku ni letih gila wei sebab program berturut-turut beberapa hari. Nasib laa yang ni program last untuk minggu ni. Okay guys, aku nak tido dah! Tataaa

Explore Gua Tempurung & Air Terjun Lata Kinjang Perak

Assalamualaikum gais! Ini aktiviti terakhir tahun ini yang aku join under club Unikl Business School. Fuh rasa pack gila schedule tahun pertama aku. (gittew hahaha) Semalam aku pergi explore gua Tempurung di Perak. Korang kalau lalu highway nak ke belah kedah penang apa semua memang akan nampak gua Tempurung ni sebelah kiri korang. Disebabkan semangat berkobar-kobar dan hati pun melompat kegirangan nak masuk gua maka seawal 4 pagi aku dah terpacak depan kampus. Nampak tak semangat tu? Hahaha. Sebab memang dalam tentative pun cakap berkumpul pukul 4 pagi. Biasalah janji melayu. Pukul 6 pagi baru laa bas mula bergerak ke Perak. Hati yang melompat kegirangan membuatkan aku tak tidur sepanjang perjalanan.  Pukul 9 pagi bermula laa pengembaraan kami masuk gua. Tapi sebelum itu kami diberi briefing oleh abang-abang yang akan jaga kami sepanjang pengembaraan ini. Awal-awal masuk dah berendam dengan air weh. Dalam gua tu agak berbau sebab tu kan habitat sang kelawar s

Mendaki Bukit Broga dengan housemates

Assalamualaikum gais! Harini pagi-pagi pukul 3 pagi aku dah bangun dan bersiap-siap nak pergi hiking. Aku follow housemate aku dengan kawan-kawan hkl dia. Tak ramai pun dalam 6 orang je. Gigih gilaaa kan gerak seawal mungkin sebab nak layan sunrise laa bila sampai peak hahahaa.  Kitaorang sampai kaki bukit Broga before Subuh n sempatlaa solat dulu sebelum memulakan pendakian. Kitaorang sampai first peak lebih kurang pukul 6.50 pagi. Sebenarnya tak tinggi mana pun cuma trek dia yang tak berapa cantik dan menegak tu buat orang letih. Mencabar la jugak sebab sampai satu tahap tu before sampai first peak, kitaorang kena mendaki trek yang curam sambil pegang tali n tali tu ada satu je untuk orang yang naik dan turun. So kena pegang tali tu kuat kuat sebab pokok pun takde kat sekeliling trek curam tu. After berjaya dari trek curam tu, kitaorang sampai jugak first peak yeay! Fuh sampai atas tu je, ada team hikers bagi kami cekodok. Kalau korang nak tahu, diaorang mas

Chilling with classmates at Port Dickson

Olaaaa!  Menjadi kerajinan pulak ye tiap hari nak hapdate belog ni hahaha. Harini memang most tiring day kot daripada semalam dan semalam punya semalam. Sebab apa? Fuh begitu jauh menempuh perjalanan hari ini hahaha Disebabkan classmate ajak pergi Port Dickson maka kita turutkan jelaa kan (padahal aku pun teruja jugak). Memasing nak release tension la konon. Bergerak dua biji kereta daripada KL dan sampai Port Dickson pada pukul 11 pagi. Sampai-sampai je Teluk Kemang semua macam excited macam tak pernah nampak laut hhahaaa. Dengan matahari terpacak  atas kepala pun diaorang tak peduli. Aku tak join mandi laut pun sebab aku tak berapa suka mandi laut walaupun aku suka tengok laut n aku pun tak berapa sihat. Semalam dah pitam tu cukuplaa hahaha.  Siap bawak kuali beb hahahaa Kitaorang bekal dari rumah bawa bekal mee goreng, sosej goreng, nasi goreng dan air mineral botol besar aku rasa 5liter kot. Fefeeling picnic gittew kan. Oh siap ada tikar uolls hahaha  Tiba-

Charity program at Pusat Perlindungan Kucing Putrajaya

What a hectic week guys!  Semalam ada aktiviti, harini ada aktiviti, esok pun ada aktiviti dan lusa adalah penutup bagi aktiviti minggu ini. Gila wei aku pun tak tahu laa macam mana nak hadap semua aktiviti ni dan aku pun otak dah tak betul sebab tak tengok tarikh semua aktiviti tu berturut hahahaha Punya banyak aktiviti sampai tadi aku terpitam kejap kat pusat perlindungan haiwan Putrajaya wei. Seawal 6.00 pagi aku dah siap nak ke kampus dan bas bergerak ke Putrajaya pukul 8.00 pagi. Aku memang excited gila sebab dapat join aktiviti pergi tempat perlindungan haiwan. Disebabkan aku pitam kejap pagi tadi terus terlupa nama owner tempat perlindungan tu. Terhilang ingatan kejap hahaha. Tpi aku ingat yang encik owner dan kawan-kawannya adalah orang yang berjawatan tinggi dan bangunkan bersama tempat perlindungan ini. Mulia hati mereka ni kan. Mesti melimpah-limpah rezeki yang Allah beri. Encik owner Banyak sangat kucing yang ada kat sini dan kami diberi tugas untu