Skip to main content

Explore Gua Tempurung & Air Terjun Lata Kinjang Perak

Assalamualaikum gais!


Ini aktiviti terakhir tahun ini yang aku join under club Unikl Business School. Fuh rasa pack gila schedule tahun pertama aku. (gittew hahaha) Semalam aku pergi explore gua Tempurung di Perak. Korang kalau lalu highway nak ke belah kedah penang apa semua memang akan nampak gua Tempurung ni sebelah kiri korang.

Disebabkan semangat berkobar-kobar dan hati pun melompat kegirangan nak masuk gua maka seawal 4 pagi aku dah terpacak depan kampus. Nampak tak semangat tu? Hahaha. Sebab memang dalam tentative pun cakap berkumpul pukul 4 pagi. Biasalah janji melayu. Pukul 6 pagi baru laa bas mula bergerak ke Perak. Hati yang melompat kegirangan membuatkan aku tak tidur sepanjang perjalanan. 

Pukul 9 pagi bermula laa pengembaraan kami masuk gua. Tapi sebelum itu kami diberi briefing oleh abang-abang yang akan jaga kami sepanjang pengembaraan ini. Awal-awal masuk dah berendam dengan air weh. Dalam gua tu agak berbau sebab tu kan habitat sang kelawar so najis dia bersepah. Korang jangan laa jilat tangan sendiri lak dalam tu. Main gila hahahaa




Ada satu part tu korang kena slide ke bawah dan tersangat licin wei but still, safety first. Korang rasa kitaorang duduk berapa lama dalam gua tu? Sampai pukul 12 tengah hari wei tak jumpa cahaya matahari! Okay jugak kan duduk dalam gua lama-lama, jaga kulit gittew hahaha. Keluar gua dengan keadaan yang basah lencun, muka macam tempe, bau tak payah cakap laa kan hahaa. Kami balik ke entrance naik lori yihaaaa! Macam kat kampong wei naik lori bawak lembu hahaha





Sesampai sahaja di tempat kami berkumpul masa mula-mula kitaorang sampai tu, organizer beri kami bungkusan makanan lunch. Terbaik ah organizer team ni. Pukul 3 petang kami sampai ke air terjun Lata Kinjang. First time sampai air terjun ni and the view was awesome doh! Selalu nampak dari highway je tapi yang ni depan mata. Ramai juga pengunjung masa kami sampai tu. Kami mandi sampai laa jam hampir ke pukul 5. Lecturer dah suruh naik bersihkan badan dan tukar pakaian. Masa aku tengah mandi, terdengar siren kuat berkali kali. Orang cakap kepala air nak turun sebab masa tu hujan lebat. Nasib baik dah naik awal fuhh.

Beautiful Lata Kinjang



Lebih kurang pukul 10malam kami sampai kl. Alhamdulillah. Penat masih terasa lagi ni wei hahahaa. Aktiviti terakhir untuk tahun pertama aku di Unikl BusinesssSchool. The end.

Comments

Popular posts from this blog

Hello UNIKL

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua.  Gila ahh lama siot tak post apa-apa kat belog nie. serius busy gila doh. FYI, sekarang aku dah jadik student Unikl. "pulak dah. dulu bukan polisas ke?" HAHAHA. people keep asking me that question over and over again. aku dah stop poli. habis first sem haritu. sengaja nak timba pengalaman masuk diploma kejap n dapat pulak offer unikl, aku terus jelaa terminate study kat polisas. end of my poli chapter! okay, aku sekarang study kat Unikl Business School, Kampung Baru KL. Building unikl aku nie dekat je dengan klcc n dekat area kg.baru nie memang banyak gila tempat makan yang best-best so if korang nak datang roger je okayy. kalau balik mang naik lrt kat klcc je. tapi kena naik bas rapid kl jugak ah nak pergi klcc tu. Alhamdulillah bila dapat peluang macam nie, aku bersyukur sangat sebab dapat sambung degree. Sambung sama pulak dengan Atikah Asrah. classmate aku masa form6 dulu. First day register kat unikl M...

Done First Sem #Polisas

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua. Alhamdulillah tamat dah sem 1. Ehh ehh. “dba sambung mana?” “amek course apa?” haha. Aku agak dah korang tertanya-tanya aku sambung mana kan? Aku sebenarnya malas nak huha-huha yang aku sekarang nie belajar kat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah on diploma course logistics and supply chain. “aik, kenapa ambil diploma pulak? Bukan dah ada stpm ke?” haaa. TBH, memang ramai sangat tanya soalan yang sama kat aku termasuk makcik pakcik, cikgu-cikgu, lects n kawan-kawan aku. Macam nie cerita dia. Lepas nie jangan Tanya lagi tau!  Heee~ after Stpm haritu, aku apply diploma n degree at the same time sebab aku tak yakin dengan stpm aku. Then, bila result diploma keluar, aku dapat pulak kat Polisas nie haaaa. Act sebelum nie pun after spm, aku dapat tawaran kat polisas nie jugak tapi aku tolak sebab aku rasa better form6 than diploma. Bila dah dapat kali kedua nie, lama jugak ah aku fikir nak terima ke tak sebab sebolehnya aku memang nak furth...

Gathering SkFh Dec 2012

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua :) Semalam aku baru balik dari KL. jumpa kawan-kawan lama time kat Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan, Lahad Datu Sabah tapi dalam 7 orang je yang datang sebab yg laen semua busy agaknya.  Nevermind, at least ada jugak kawan-kawan yang datang. rasa macam dapat lepak kejap je sebab lama sangat tak jumpa sampai banyak benda nak borak. haha. dah besar dah masing-masing. actually hari jumaat aku dengan intan dah sampai KL dah. kita-orang naek KTM n sampai Kl Sentral around 7 malam jugak laaa. kita-orang stay rumah kakak saudara aku. hari sabtu baru kita-orang jumpa ramai-ramai kat Times Square. Untuk kawan-kawan yang tak datang tu, tengok jelah k gambar-gambar bawah nie. HAHA maaf kalau ada gambar yang tak berapa cantik. handset murahan je weh. selamat ber-jeles. HAHA LOVE Jumaat : Heading to KL. pic goyang sebab dlm KTM :) *kiri tu kawan intan .  Jumaat : Intan & Shazwi .  *sampai KL sentral terus makan...