Skip to main content

Done First Sem #Polisas

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.
Alhamdulillah tamat dah sem 1. Ehh ehh. “dba sambung mana?” “amek course apa?” haha. Aku agak dah korang tertanya-tanya aku sambung mana kan? Aku sebenarnya malas nak huha-huha yang aku sekarang nie belajar kat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah on diploma course logistics and supply chain. “aik, kenapa ambil diploma pulak? Bukan dah ada stpm ke?” haaa. TBH, memang ramai sangat tanya soalan yang sama kat aku termasuk makcik pakcik, cikgu-cikgu, lects n kawan-kawan aku. Macam nie cerita dia. Lepas nie jangan Tanya lagi tau! 

Heee~ after Stpm haritu, aku apply diploma n degree at the same time sebab aku tak yakin dengan stpm aku. Then, bila result diploma keluar, aku dapat pulak kat Polisas nie haaaa. Act sebelum nie pun after spm, aku dapat tawaran kat polisas nie jugak tapi aku tolak sebab aku rasa better form6 than diploma. Bila dah dapat kali kedua nie, lama jugak ah aku fikir nak terima ke tak sebab sebolehnya aku memang nak further degree kan? 


So, akhirnya aku decide untuk terima dan daftar diri kat Polisas pertengahan June 2014. Dah hampir setengah sem 1, baru aku dapat tahu kalau aku dah masuk diploma IPTA, automatic nama reject untuk degree. Weh, frust weh. Serious aku menyesal apply diploma time tu. HAHA~ bahagian pengambilan pelajar IPTA cakap, kalau aku nak further degree, aku kena habiskan diploma aku tu atau stop je. Aish, aku sendiri tengah fikir benda tu sekarang. 



FYI, Polisas nie dekat atas bukit weh area hutan simpan tapi dekat dengan Bandar kuantan dalam 10 minit je lagipun bas rapid kuantan memang akan masuk polisas untuk ambil student. Bayar RM2 je kalau nak pergi mana-mana. Van polisas pun banyak je dekat sana kalau korang nak keluar pegi Bandar ke apa. Dekat polisas ada 4 jabatan je tak silap aku. Jabatan perdangangan, jabatan kejuruteraan awam, jabatan kejuruteraan elektrik n jabatan kejuruteraan mekanikal. Haaa~ baru tahun nie Politeknik Pagoh tumpang Polisas sebab poli Pagoh tengah renovate tapi sepanjang aku study sem1 kat polisas tu, aku tak pernah pun kenal dengan budak-budak pagoh nie.



Okay, aku kat Polisas tu sama je intake dengan budak-budak yang lahir tahun 1996. Beza dua tahun dengan aku. Semua dok panggil “kakak”. Ada panggil kak Amber, ada panggil kak Dba. Ramai jugak kawan-kawan aku kat polisas tu tapi semua dah sem 3, sem 4 dengan sem5. Macam-macam ragam budak-budak batch 96 nie weh sebab depa kan lepasan spm so baru lagi nak kenal dunia nie haaa. TBH, aku paling benci minggu orientasi sebab macam pergi kem weh. penat gila n banyak sangat aktiviti sampai aku sendiri give up doe. HAHA dah laa aku tak kenal siapa-siapa time tu. dengan bilik aku masuk monyet lagi peh memang dugaan gila weh. Monyet pun pandai makan kek coklat moist kat kuantan nie haa. memang terbaik ahh. HAHAA 



Minggu orientasi w/ Syaa


tak muat sebenarnya ahahaha 

Hostel

locker kite

Okay, nanti sambung lagi. GTG


Assalamualaikum

Comments

Popular posts from this blog

Hello UNIKL

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua.  Gila ahh lama siot tak post apa-apa kat belog nie. serius busy gila doh. FYI, sekarang aku dah jadik student Unikl. "pulak dah. dulu bukan polisas ke?" HAHAHA. people keep asking me that question over and over again. aku dah stop poli. habis first sem haritu. sengaja nak timba pengalaman masuk diploma kejap n dapat pulak offer unikl, aku terus jelaa terminate study kat polisas. end of my poli chapter! okay, aku sekarang study kat Unikl Business School, Kampung Baru KL. Building unikl aku nie dekat je dengan klcc n dekat area kg.baru nie memang banyak gila tempat makan yang best-best so if korang nak datang roger je okayy. kalau balik mang naik lrt kat klcc je. tapi kena naik bas rapid kl jugak ah nak pergi klcc tu. Alhamdulillah bila dapat peluang macam nie, aku bersyukur sangat sebab dapat sambung degree. Sambung sama pulak dengan Atikah Asrah. classmate aku masa form6 dulu. First day register kat unikl M...

Gathering SkFh Dec 2012

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua :) Semalam aku baru balik dari KL. jumpa kawan-kawan lama time kat Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan, Lahad Datu Sabah tapi dalam 7 orang je yang datang sebab yg laen semua busy agaknya.  Nevermind, at least ada jugak kawan-kawan yang datang. rasa macam dapat lepak kejap je sebab lama sangat tak jumpa sampai banyak benda nak borak. haha. dah besar dah masing-masing. actually hari jumaat aku dengan intan dah sampai KL dah. kita-orang naek KTM n sampai Kl Sentral around 7 malam jugak laaa. kita-orang stay rumah kakak saudara aku. hari sabtu baru kita-orang jumpa ramai-ramai kat Times Square. Untuk kawan-kawan yang tak datang tu, tengok jelah k gambar-gambar bawah nie. HAHA maaf kalau ada gambar yang tak berapa cantik. handset murahan je weh. selamat ber-jeles. HAHA LOVE Jumaat : Heading to KL. pic goyang sebab dlm KTM :) *kiri tu kawan intan .  Jumaat : Intan & Shazwi .  *sampai KL sentral terus makan...