Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Chilling with classmates at Port Dickson

Olaaaa!  Menjadi kerajinan pulak ye tiap hari nak hapdate belog ni hahaha. Harini memang most tiring day kot daripada semalam dan semalam punya semalam. Sebab apa? Fuh begitu jauh menempuh perjalanan hari ini hahaha Disebabkan classmate ajak pergi Port Dickson maka kita turutkan jelaa kan (padahal aku pun teruja jugak). Memasing nak release tension la konon. Bergerak dua biji kereta daripada KL dan sampai Port Dickson pada pukul 11 pagi. Sampai-sampai je Teluk Kemang semua macam excited macam tak pernah nampak laut hhahaaa. Dengan matahari terpacak  atas kepala pun diaorang tak peduli. Aku tak join mandi laut pun sebab aku tak berapa suka mandi laut walaupun aku suka tengok laut n aku pun tak berapa sihat. Semalam dah pitam tu cukuplaa hahaha.  Siap bawak kuali beb hahahaa Kitaorang bekal dari rumah bawa bekal mee goreng, sosej goreng, nasi goreng dan air mineral botol besar aku rasa 5liter kot. Fefeeling picnic gittew kan. Oh siap ada tikar uolls hahaha  Tiba-

Charity program at Pusat Perlindungan Kucing Putrajaya

What a hectic week guys!  Semalam ada aktiviti, harini ada aktiviti, esok pun ada aktiviti dan lusa adalah penutup bagi aktiviti minggu ini. Gila wei aku pun tak tahu laa macam mana nak hadap semua aktiviti ni dan aku pun otak dah tak betul sebab tak tengok tarikh semua aktiviti tu berturut hahahaha Punya banyak aktiviti sampai tadi aku terpitam kejap kat pusat perlindungan haiwan Putrajaya wei. Seawal 6.00 pagi aku dah siap nak ke kampus dan bas bergerak ke Putrajaya pukul 8.00 pagi. Aku memang excited gila sebab dapat join aktiviti pergi tempat perlindungan haiwan. Disebabkan aku pitam kejap pagi tadi terus terlupa nama owner tempat perlindungan tu. Terhilang ingatan kejap hahaha. Tpi aku ingat yang encik owner dan kawan-kawannya adalah orang yang berjawatan tinggi dan bangunkan bersama tempat perlindungan ini. Mulia hati mereka ni kan. Mesti melimpah-limpah rezeki yang Allah beri. Encik owner Banyak sangat kucing yang ada kat sini dan kami diberi tugas untu

Program with Yayasan Basmi Kemiskinan

Assalamualaikum semua! Bulan ni antara bulan yang paling pack dengan aktivtiti. So pagi tadi aku jadi kakak fasi for adik adik from Yayasan Basmi Kemiskinan (YBM). Program ini disponsor sepenuhnya oleh Telekom Malaysia (TM). Seawal 8 pagi para volunteer dah terpacak dekat tangga kampus tunggu bas yang akan pick up kami. Tak ramai pun fasi yang diperlukan sebab adik adik dari YBM semuanya sudah dewasa dan dalam lingkungan 13 ke 17 tahun. Bas tiba lebih kurang jam 9pagi dan kami dibawa terus ke Muzium Telekom Malaysia. Para fasi dan adik-adik diberi taklimat ringkas oleh staf TM. Disana, staf menerangkan terang asal usul TM dan inovasi yang berlaku semenjak TM ditubuhkan sehinggalah tahun ini. Kami mengambil masa lebih kurang satu jam setengah disana dan pada pukul 12 tengah hari, kami menaiki bas ke KL Tower. Wow seronok gila dapat masuk KL Tower free. Nampak muka gembira adik-adik ini. Oh ya, sebelum naik ke level tinjauan kami telah dibawa oleh staf KL Tower ke bilik taya