What a hectic week guys!
Semalam ada aktiviti, harini ada
aktiviti, esok pun ada aktiviti dan lusa adalah penutup bagi aktiviti minggu
ini. Gila wei aku pun tak tahu laa macam mana nak hadap semua aktiviti ni dan aku pun otak dah tak betul sebab tak tengok tarikh semua aktiviti tu berturut hahahaha
Punya banyak aktiviti sampai tadi aku terpitam kejap
kat pusat perlindungan haiwan Putrajaya wei. Seawal 6.00 pagi aku dah siap nak ke kampus dan bas bergerak ke Putrajaya pukul
8.00 pagi. Aku memang excited gila sebab dapat join aktiviti pergi tempat perlindungan haiwan.
Disebabkan aku pitam kejap pagi tadi terus terlupa nama owner tempat perlindungan tu. Terhilang ingatan kejap hahaha. Tpi aku ingat yang encik owner dan kawan-kawannya adalah orang yang berjawatan tinggi dan bangunkan bersama tempat perlindungan ini. Mulia hati mereka ni kan. Mesti melimpah-limpah rezeki yang Allah beri.
![]() |
Encik owner |
Banyak sangat kucing yang ada kat sini dan kami diberi tugas untuk bersihkan sangkar mereka dan beri mereka ubat. Haa aku ni pun satu. Dah tahu tak boleh berpanas sangat dok cakap nak bersihkan sangkar tempat terbuka yang takde atap. Akhirnya kecoh kat pusat perlindungan tu aku pitam! Siap panggil 'mak' lagi aduh malu aku.
Siap kena dukung tau. Malu wei. Kenapalaaa timing tak kena pagi tadi dok pitam pulak. Maybe sebab letih semalam tak habis lagi lepastu pagi tadi breakfast pun ala kadar je kan rasain gue hahahaa.
Owner tempat ni cakap, mereka hanya terima kucing-kucing
yang berada di kawasan sekitar mereka tapi jika ada yang nak adopt, mereka
boleh hantarkan di negeri mana-mana pun boleh. Jom laa korang kalau ada rezeki
lebih, mari laa menyumbang dari segi bentuk kewangan mahupun tenaga kepada
mereka ni. Ingat tau! Di dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.
Okayyy aku nak tido. Esok ada program lain pulak. Harap harap sihat la hahaaha
Comments
Post a Comment