Skip to main content

End of my degree journey! Alhamdulillah

Assalamualaikum and hello guys!

Alhamdulillah. Makan tido makan tido berakhir sudah perjalanan hidup aku sebagai student kat Unikl ni. Ya Allah rasa macam baru je register dekat main campus, rasa macam baru je lepas orientasi, rasa macam banyak lagi benda yang belum belajar. Thank you Allah for make it easy.




Aku baru je tamat praktikal few days ago. Dah hujung hujung praktikal tu rasa serabut sikit lah sebab nak kena prepare report, siapkan logbook dengan kena handle event bagai fuhfuhhh. Dah habis praktikal & presentation ni rasa lega sangat-sangat. Habis je presentation, terus pergi berjimba dengan classmates. takdelah berjimba pergi makan & lepak je pun. Tak ramai tapi adalah dalam 10 ketul hahahaha. Konon-konon last lepak before masing-masing start working life gittew kann.




Aku bersyukur sangat-sangat masuk Unikl, I met so many good person. Kawan-kawan yang sentiasa bantu aku, caring pasal aku sebab aku ni kan selalu sakit, selalu remind aku pasal quiz & test since aku ni busy gila so banyak benda aku kena settle dalam satu-satu masa. Ceh dan tak lupa jugak lecturer yang super duper sempoi & sangat memahami student. Adik-adik yang nak sambung study kat Unikl jangan risau okay, lecturer semua cool & sempoi!





Tak sabar nak convo yihaaaa. (padahal lagi 9 bulan nak convo kahkahkah) have a good day guys! Doakan aku dapat pekerjaan yang baik ye. in shaa Allah

Comments

Popular posts from this blog

Hello UNIKL

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua.  Gila ahh lama siot tak post apa-apa kat belog nie. serius busy gila doh. FYI, sekarang aku dah jadik student Unikl. "pulak dah. dulu bukan polisas ke?" HAHAHA. people keep asking me that question over and over again. aku dah stop poli. habis first sem haritu. sengaja nak timba pengalaman masuk diploma kejap n dapat pulak offer unikl, aku terus jelaa terminate study kat polisas. end of my poli chapter! okay, aku sekarang study kat Unikl Business School, Kampung Baru KL. Building unikl aku nie dekat je dengan klcc n dekat area kg.baru nie memang banyak gila tempat makan yang best-best so if korang nak datang roger je okayy. kalau balik mang naik lrt kat klcc je. tapi kena naik bas rapid kl jugak ah nak pergi klcc tu. Alhamdulillah bila dapat peluang macam nie, aku bersyukur sangat sebab dapat sambung degree. Sambung sama pulak dengan Atikah Asrah. classmate aku masa form6 dulu. First day register kat unikl M

Done First Sem #Polisas

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua. Alhamdulillah tamat dah sem 1. Ehh ehh. “dba sambung mana?” “amek course apa?” haha. Aku agak dah korang tertanya-tanya aku sambung mana kan? Aku sebenarnya malas nak huha-huha yang aku sekarang nie belajar kat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah on diploma course logistics and supply chain. “aik, kenapa ambil diploma pulak? Bukan dah ada stpm ke?” haaa. TBH, memang ramai sangat tanya soalan yang sama kat aku termasuk makcik pakcik, cikgu-cikgu, lects n kawan-kawan aku. Macam nie cerita dia. Lepas nie jangan Tanya lagi tau!  Heee~ after Stpm haritu, aku apply diploma n degree at the same time sebab aku tak yakin dengan stpm aku. Then, bila result diploma keluar, aku dapat pulak kat Polisas nie haaaa. Act sebelum nie pun after spm, aku dapat tawaran kat polisas nie jugak tapi aku tolak sebab aku rasa better form6 than diploma. Bila dah dapat kali kedua nie, lama jugak ah aku fikir nak terima ke tak sebab sebolehnya aku memang nak further d

Gathering SkFh Dec 2012

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua :) Semalam aku baru balik dari KL. jumpa kawan-kawan lama time kat Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan, Lahad Datu Sabah tapi dalam 7 orang je yang datang sebab yg laen semua busy agaknya.  Nevermind, at least ada jugak kawan-kawan yang datang. rasa macam dapat lepak kejap je sebab lama sangat tak jumpa sampai banyak benda nak borak. haha. dah besar dah masing-masing. actually hari jumaat aku dengan intan dah sampai KL dah. kita-orang naek KTM n sampai Kl Sentral around 7 malam jugak laaa. kita-orang stay rumah kakak saudara aku. hari sabtu baru kita-orang jumpa ramai-ramai kat Times Square. Untuk kawan-kawan yang tak datang tu, tengok jelah k gambar-gambar bawah nie. HAHA maaf kalau ada gambar yang tak berapa cantik. handset murahan je weh. selamat ber-jeles. HAHA LOVE Jumaat : Heading to KL. pic goyang sebab dlm KTM :) *kiri tu kawan intan .  Jumaat : Intan & Shazwi .  *sampai KL sentral terus makan KFC :) Sa