Alhamdulillah.
Semalam sekali lagi aku diberi peluang join
aktiviti homeless feed. So macam yang sebelum ni juga, aku participate sebab
helper dan kali ni aku distribute pakaian terpakai kepada gelandangan. Aizat
adalah our team leader arahkan aku untuk distribute pakaian budak-budak since
aku pun macam budak-budak hahaha
Okay, senang je sebenarnya nak handle mereka ni. Kita kena tegas laa suruh beratur dan one by one kena ke depan dan ambil pakaian yang dia-orang nak. Aku dekat bahagian pakaian budak-budak so kena laa ramah dengan dia-orang. Cuba suai padankan pada dia-orang. Fuh laju okay bahagian aku habis. Setel kerja! hahahha
Bila dah setel kerja tu sempat la berborak dengan adik-adik kecil tu. Sedih dengar cerita dia-orang. Dah lama dia-orang tak balik rumah dia-orang dan
terpaksa tinggal dekat sini sebab taraf hidup yang tinggi dan tak cukup
tabungan untuk pulang. Aku harap lebih banyak lagi NGO yang membantu mereka-mereka yang dalam kesusahan ini. In
shaa Allah.
Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Assalamualaikum
Comments
Post a Comment