Skip to main content

Party 6 AP :') #PART 1

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua!


Punya rajin harinie nak taip panjang-panjang sebab nak cerita pasal party class aku hari rabu 30.10.2013 haritu. post kali nie aku cerita part 1 punya dulu ah n coming soon part 2 okay? sebab party kita-orang nie ada 2 part. Part one start dari pukul 2.30 petang sampai 3.15 petang. kira yang tu formal punya party sebab cikgu-cikgu form6 semua terlibat sekali. macam gempak kan party kelas kita-orang? kahkah. 

Hampir semua cikgu datang kecuali pengetua, sir yang mengajar muet kita-orang (Mr.Koh) n cikgu bahasa melayu kita-orang (En.Sharif) hampir semua cikgu datang. haaa~ part 2 pulak start dari pukul 3.15 sampai pukul 5.00 petang. kira yang tu havoc punya party laa sebab cikgu semua dah balik! haha.


First of all, aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan 6AP yg sama-sama berusaha keras menjayakan party class nie. serious tak sangka dapat buat event besar n meriah macam nie sebab mula-mula ingat nak buat portluck je. sekali tengok dah macam majlis besar weh n cikgu-cikgu pun ramai puji event kita-orang nie. 


Thanks to beberapa orang kuat disebalik party nie yang sama-sama tolong plan n realisasikan party nie just like yang aku harapkan especially, syida. Bendahari class aku merangkap bestfriend aku kat form 6 nie. weh, memang penat bukan main ahh nak setelkan semua benda nie sebab perangai classmate aku nie bukannya sekepala semuanya. Ada jugak keluar makian, cacian, kutukan time nak bersatu plan benda nie tapi Alhamdulillah, semuanya back tu normal hari rabu tu. Makanan minuman semua terlebih cukup. 


To all, congrats & many thanks! Yang penting party kita serious gempak ala-ala majlis perpisahan gitew. HAHA


Rabu haritu memang busy sebab pagi tu sekolah buat event kat dewan n lepas habis event tu, kita-orang kena rushing berkumpul dekat bilik peperiksaan n susun meja untuk exam. Ya Allah memang tak cukup tangan nak buat semua. nasib baik classmate semua tolong cover masing-masing. setengah susun meja, setengah tolong angkat makanan, setengah handle kelas untuk event kita-orang tu. appreciate much weh. okay, scroll bawah jom kita usha gambar haritu. banyak gambar dia-orang je tapi aku takde sebab aku photographer n MC haritu. haha


Masa : Pagi (9.00 pagi - 2.00 petang)



Bab Bergambau mang no 1 kan .
hadiah utk tukar-tukar hadiah :)
Mr. Koh dapat hadiah dulu :)
Sir Koh Sempoi ! haha
Dba nie mang rajin budaknya . hahaha :)
Busy susun meja utk Exam ! 
Masa : Petang (before 2.30 petang)

Hampeh ~ haha
Menconteng

Nasi Hujan Panas :)
Tembikai :)
Desert :)
Air Jambu :)
Koktail :)
Rosalinda Ayamo ~ Ayamo ~ haha
Agar-agar :)
Weh, telan air liur tak tengok santapan kita-orang? Haaa. makanan semua thumbs up tau sebab kita-orang tempah kak mak Syida. terima kasih kawan-kawan yang sponsor pencuci mulut n to Saby, thanks sponsor belon even 5 bijik je. HAHA~ Petang rabu tu, memang hujan lebat weh tapi cikgu-cikgu sanggup berpayung pegi bangunan kita-orang tau! dah laaa bangunan tingkatan 6 paling belakang n kelas kita-orang tingkat paling atas. terima kasih sangat-sangat cikgu :') Actually memang ada krisis dua hari sebelum event kta-orang nie sebabnya pengetua sekolah dah kuatkuasakan TAK BOLEH BUAT PARTY KAT CLASS sebab taknak bersepah, kotor bagai! adui~ memang aku dah carut-carut laaa kan sebab dah plan baik punya weh so Geng Gegurl 6AP ambil keputusan jumpa pengetua sehari sebelum party. ayat semua dah hafal tu yang tak boleh blah tu tapi Dekda macam biasa la ayat dia,"Saya ikut je tau, saya tak nak campur" wah, play safe nampak? hahaa n guess what? kita-orang kasik ayat bunga-bunga weh n Alhamdulillah pengetua benarkan! 


Speaker :)
Havoc gilaa speaker aku hari rabu haritu sebab main peranan penting. HAHA nasib baik laa memory card aku dekat speaker tu banyak lagu-lagu bersifat ketuhanan padahal lagu belakang-belakang semua dah macam haremmm. budak-budak nie pelik jugak sebab play lagu ketuhanan masa cikgu-cikgu ada. "cikgu ada beb, lepak dulu. kejap lagi baru kita bukak lagu kita" HAHA

Masa : 2.30 :) Party Begin !



cikgu-cikgu dah sampai :)
Doa :)
Party start with ucapan by Teacher Habibah as Penolong Kanan Tingkatan 6 n followed with Cikgu Arfah as guru kelas kita-orang! then, aktiviti mohon restu. okay, ini Saby punya cadangan laa nie nak buat mohon restu bagai. aku dah laa lemah gila bab perasaan nie. Tak guna betol budak nie nak buat benda nie. HAHA baru sampai cikgu kedua aku dah start menangis. Siot betol laa aku punya mekap luntur tau! kahkah. lepastu baru start isi perut masing-masing.


Mohon Restu :)
Semua sedap cikgu ! haha
Makan Time !
Mangan Mangan (Cakap Jawa) hohoho



Okay, first sekali aku nak cakap yg budak-budak nie memang tak guna betol tau sebab makan bertambah-tambah tak fikir aku, Dekda & Syida yang kena run event nie. bab makan laju jee korang kan? HAHA. Lepas semua kenyang, acara last is bagi cenderamata kat semua cikgu-cikgu tingkatan 6. Nak cakap terima kasih sekali lagi pada budak-budak yang pergi beli semua hadiah nie dengan aku. berplastik-plastik doe! credit to Syida , Fizah & Atikah Asrah . 



Hadiah utk cikgu & Hadiah budak-budak class :)


Terima Kasih Cikgu :)
W/ Cikgu Arfah
That's the end for part 1 :) Part 2 coming soon okay? terima kasih to semua yang sama-sama menjayakan party nie, yang sanggup keluarkan duit masing-masing untuk last event nie n tak lupa jugak untuk yang tolong tangkap gambar guna camera aku nie time aku busy k? sebab korang ahh banyak gambar yang menceritakan 1001 kenangan rabu haritu (ayat gila geli weh) also untuk cikgu-cikgu, terima kasih untuk segalanya start daripada kita-orang start register June 2012 samai kita-orang tamat tingkatan 6. Sayaaaang cikgu semua daripada kami, pelajar 6AP 2013.

Comments